BlackBerry Z30 - Apa itu NFC?

background image

Apa itu NFC?

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan pentadbir anda dan

model peranti BlackBerry anda.
NFC ialah teknologi wayarles jarak dekat yang direka bentuk untuk membolehkan nada berkongsi kandungan dan

maklumat tanpa perlu peranti anda berpasangan dengan peranti didayakan NFC yang lain. Beberapa cara menarik untuk

anda gunakan NFC termasuk:
• Bertukar-tukar kad kenalan dengan rakan baru atau rakan perniagaan.
• Hantar gambar rakan anda.
• Ambil kupon dari poster yang anda lihat di jalan raya.
• Hantar halaman web yang sedang anda lihat kepada rakan.
• Menambah rakan pada kenalan BBM anda.
• Salin maklumat tag pintar ke tag NFC.
• Sambung ke pencetak didayakan NFC untuk mencetak atau mengimbas fail.
Beberapa aplikasi NFC ini direka bentuk untuk menyelakukan kad fizikal, seperti kad kredit, pas transit awam atau lencana

akses. Jika aplikasi dibuka di peranti anda, hanya ketuk belakang peranti anda pada pembaca NFC dan mulakan.

Beberapa contoh yang anda boleh lakukan menggunakan aplikasi NFC termasuk:
• Bayar minuman kopi pagi anda tanpa mengeluarkan dompet.
• Bayar tiket bas atau kereta api bawah tanah yang anda naiki.
• Peroleh akses ke bangunan anda apabila anda pergi kerja.
Ini hanyalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dengan NFC. NFC boleh digunakan dalam pelbagai cara

bergantung kepada aplikasi yang dipasang pada peranti anda dan keserasian NFC pada peranti lain.

Hidupkan NFC

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan pentadbir anda dan
model peranti BlackBerry anda.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > NFC.

3.

Hidupkan suis Kesambungan NFC.