BlackBerry Z30 - Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan BlackBerry Link

background image

Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan

BlackBerry Link

Jika anda memulihkan peranti BlackBerry anda kepada tetapan lalai, BlackBerry Link memadam semua data dan aplikasi
pihak ketiga daripada peranti anda. Sebarang dasar IT yang digunakan pada peranti anda juga dipadam. Selepas anda
memulihkan peranti anda kepada tetapan lalainya, anda boleh menjalankan aplikasi persediaan pada peranti anda untuk
mula menggunakan peranti sekali lagi.
Sebelum anda mula, anda perlu menyandarkan data anda agar anda mempunyai salinan di komputer anda.
AWAS: Anda tidak boleh menghentikan proses memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai selepas anda
memulakannya. Jika anda menetapkan semula peranti anda, proses itu diteruskan selepas peranti dimulakan semula.

1.

Pada komputer anda, buka BlackBerry Link.

2.

Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.

3.

Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.

4.

Lakukan salah satu perkara berikut:
• Pada komputer Windows, klik Sandarkan & Pulihkan. Klik Tetapan Semula Kilang.
• Pada komputer Mac, di bahagian atas skrin, klik BlackBerry Link > Keutamaan. Klik Muat Semula > Muat

Semula.

Panduan Pengguna

Tetapan

223