BlackBerry Z30 - Mel Suara

background image

Mel Suara

Bergantung kepada pembekal perkhidmatan anda, terdapat dua jenis mel suara tersedia di peranti BlackBerry anda:

perkhidmatan mel suara standard dan mel suara visual.
Dengan mel suara standard, anda boleh menyediakan nombor akses dan kata laluan mel suara anda, supaya anda boleh

memanggil perkhidmatan mel suara anda daripada skrin Panggilan dalam aplikasi Telefon.
Jika anda melanggan perkhidmatan mel suara visual, anda boleh melihat senarai mesej mel suara anda, memainkan

mesej mel suara anda, dan menukar pelbagai tetapan mel suara daripada peranti BlackBerry anda, tanpa perlu

memanggil perkhidmatan mel suara anda. Bergantung pada ciri pembekal perkhidmatan yang disokong, mesej mel suara

anda boleh dimuat turun secara automatik ke peranti anda dan anda boleh menjeda, mara laju atau putar balik mesej mel

suara sambil anda mendengarnya. Anda juga boleh memajukan mesej mel suara, menghantar balasan kepada orang yang

meninggalkan mesej mel suara, atau memadam mesej mel suara dari dalam aplikasi Telefon atau BlackBerry Hub.
Pembekal perkhidmatan anda mungkin secara automatik memadam mesej selepas tempoh masa tertentu. Jika anda tidak

mahu mesej dipadam secara automatik, anda boleh menyimpannya ke peranti anda.
Bergantung pada negara atau rantau anda, perkhidmatan mel suara visual mungkin tidak tersedia. Anda perlu melanggan

perkhidmatan mel suara visual untuk mengakses ciri. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk melanggan.