BlackBerry Z30 - Ambil gambar

background image

Ambil gambar

Peranti BlackBerry anda menganalisis keadaan pencahayaan semasa dan mencadangkan pemandangan atau mod paling
sesuai untuk keadaan tersebut. Untuk menerima cadangan, ketik cadangan di bahagian atas skrin.
Petua: Untuk memastikan gambar anda kelihatan terbaik semasa dipaparkan pada peranti selain daripada peranti
BlackBerry anda seperti skrin komputer, pastikan anda memegang kamera dalam pandangan landskap sebelum anda
mengambil gambar.

1.

Membuka aplikasi Kamera. Untuk mengezum ke dalam atau keluar, rapatkan atau regangkan jari anda pada skrin.
Nota: Zum hanya berfungsi dalam mod tangkapan Normal dan Penstabilan.

2.

Ketik kawasan skrin yang anda ingin fokuskan. Anda boleh fokus pada mana-mana bahagian imej di atas skrin,

bukan hanya ditengah-tengah skrin.

Panduan Pengguna

Media

98

background image

3.

Apabila kotak fokus menjadi hijau, lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk mengambil satu gambar, ketik

.

• Untuk mengambil gambar berterusan semasa mod Tangkapan letusan dihidupkan, sentuh dan tahan

.

Bilangan gambar yang diambil dalam mod Letus muncul di penjuru kiri bawah skrin. Kamera berhenti mengambil

gambar apabila anda mengangkat jari anda daripada skrin.

Petua: Anda boleh menghidupkan garisan grid untuk membantu anda meletakkan item ditengah-tengah gambar atau
untuk memastikan gambar anda tegak. Untuk menghidupkan garisan grid, dalam aplikasi Kamera, ketik

> Tetapan .

Hidupkan suis Paparkan Garis Grid.