BlackBerry Z30 - Muat turun hanya separa teks dalam e-mel

background image

Muat turun hanya separa teks dalam e-mel

Jika anda bergerak dengan kerap antara kawasan liputan Wi-Fi atau kawasan liputan selular, atau jika anda dalam
perayauan, anda boleh mengawal jumlah kandungan dalam mesej e-mel anda yang dimuat turun ketika di kawasan
liputan tertentu. Contohnya, semasa perayauan, anda mungkin memilih untuk hanya memuat turun subjek mesej.
Manakala di kawasan liputan Wi-Fi, anda mungkin memilih untuk memuat turun seluruh mesej.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Akaun.

3.

Ketik akaun.

4.

Ketik >

.

5.

Dalam senarai juntai bawah Kawalan Data Perayauan, Kawalan Data Selular atau Kawalan Data Wi-Fi, pilih pilihan.

Jika anda berada di kawasan liputan di mana muat turun adalah terhad, anda boleh memilih untuk memuat turun seluruh
e-mel dengan mengetik Mesej terpenggal, muat turun lagi. Caj tambahan mungkin dikenakan.

Panduan Pengguna

BlackBerry Hub dan e-mel

87