BlackBerry Z30 - Menguruskan mesej anda dengan BlackBerry Hub Tindakan Segera

background image

Menguruskan mesej anda dengan BlackBerry Hub Tindakan Segera

BlackBerry Hub Tindakan Segera membolehkan anda menyusun mesej, perbualan dan acara dengan cepat dalam

BlackBerry Hub. Dalam paparan senarai, anda boleh menandakan mesej sebagai telah dibaca atau belum dibaca, dan

failkan, benderakan atau memadam mesej. Anda juga boleh menerima atau menolak jemputan mesyuarat tanpa perlu

membukanya. Jika anda membuat kesilapan ketika menguruskan mesej, anda boleh mengetik Buat asal untuk

membatalkan perubahan terakhir.

Gunakan BlackBerry Hub Tindakan Segera

Bergantung kepada jenis mesej dan tetapan BlackBerry Hub Tindakan Segera anda, tindakan berikut tersedia:

• Jemputan kalendar: Anda boleh menerima atau menolak jemputan kalendar.
• Mesej BBM atau teks (SMS dan MMS): Anda boleh membalas atau memadam mesej BBM atau teks.
• Mesej e-mel: Anda boleh failkan, memadam atau benderakan mesej e-mel.

1.

Dalam BlackBerry Hub, di penjuru atas sebelah kanan skrin, ketik

.

2.

Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk memadamkan mesej, ketik

.

• Untuk memfailkan mesej, ketik

, dan pilih folder.

• Untuk benderakan mesej, ketik

.

• Untuk menandakan mesej sebagai dibaca, ketik

.

• Untuk membalas mesej teks atau mesej BBM, ketik

.

Menyesuaikan BlackBerry Hub Tindakan Segera untuk mesej e-mel

Secara lalai, dengan BlackBerry Hub Tindakan Segera, anda boleh failkan dan memadam mesej e-mel anda. Anda boleh
menukar tetapan anda untuk tindakan yang muncul dalam paparan senarai.

1.

Dalam BlackBerry Hub, ketik

>

> Paparan dan Tindakan.

Panduan Pengguna

BlackBerry Hub dan e-mel

77

background image

2.

Di bawah Hub Tindakan Segera, lakukan salah satu perkara berikut:
• Dalam senarai juntai bawah Tindakan E-mel 1, ketik Fail atau Bendera.
• Dalam senarai juntai bawah Tindakan E-mel 2, ketik Fail atau Bendera atau Padam.