BlackBerry Z30 - Perihal BlackBerry Assistant

background image

Perihal BlackBerry Assistant

Anda boleh menggunakan BlackBerry Assistant untuk melakukan pelbagai tugasan peribadi dan kerja, dan berinteraksi

dengan peranti anda menggunakan bahasa biasa.
Aplikasi BlackBerry Assistant boleh menjadikan berbilang tugas lebih mudah. Selain menavigasi ke aplikasi tertentu, anda

boleh sahaja membuka BlackBerry Assistant dan menyebutkan permintaan anda. BlackBerry Assistant memberi respons

untuk membantu anda melengkapkan tugas atau berinteraksi dengan cepat.
Jika anda berada dalam mesyuarat dan memerlukan keadaan yang senyap, anda juga boleh menaipkan permintaan anda

dalam BlackBerry Assistant menggunakan bahasa biasa. Apabila anda menaip permintaan anda, BlackBerry Assistant

kekal senyap dan bertindak balas hanya dengan teks pada skrin.
Apabila anda sebutkan permintaan anda melalui peranti yang didayakan Bluetooth seperti set kepala, BlackBerry

Assistant memberi respons dengan maklumat dan arahan yang lebih terperinci bagi membantu anda melengkapkan tugas

tanpa melihat skrin.